PENANGAN 11.11.11...SIAKAP 3 RASA..BUATAN SAYA..

Assalamualaikum..cantik tarikh harini kan korang...11.11.11...nasib yat xnikah arini,kalo tak tarikh keramat tuh..hehe...arini yat masak spesial sikit untuk si asben...sempena besday dia juga..yat buat siakap 3 rasa...dia kata sedap..kembang hidung jap..ekeke..kalo korang sume nak try,leh la cube..kat bawah ni yat bg resepi dia..ni yat wat sendiri tau...selamat mencuba yer..


BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ikan siakap ( saiz terpulang )
  • 2 sudu kunyit
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagung (untuk salut ikan sebelum goreng)
  • 3 ulas bawang merah ditumbuk
  • 1 sudu besar cili padi ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 3 cm halia (dihiris halus)
  • Minyak yang banyak untuk menggoreng ikan

BAHAN UNTUK SOS
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu kecil gula pasir
  • garam secukup rasa
  • pekatkan kuah,tambah tepung jagung campurkan dengan air..

BAHAN UNTUK HIASAN
  • 2 biji cili benggala merah (dipotong dadu)
  • 2 biji cili bengala hijau (dipotong dadu)
  • 1/2 batang lobak merah (dihiris panjang)
  • 1/4 bunga kobis (dipotong kecil)
  • **kalo korang nak tambah lain2 sayur pon boleh..ikut suke korangla..

CARA MEMBUATNYA
  1. Sapukan tepung jagung sekeliling ikan. (gaul dulu dgn sedikit garam dan serbuk kunyit dan salut tepung jagung)
  2. Panaskan kuali dan goreng ikan hingga kuning keemasan ( bagi garing sikit). Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar dan tumis bahan yang ditumbuk hingga wangi.
  4. Masukkan bahan2 sos dan biarkan mendidih. (tambah air campurkan dengan tepung jagung). Kacau rata dan biar mendidih sikit.
  5. Masukkan bahan hiasan dan kacau2 sekejap.pastu da masak,tutup api.
  6. Curahkan ke atas ikan tadi.
  7. korang hiasla cantkik2...yat punye malas nak hias..perut da lapo td nih..huhu



10 comments:

bieyah ahmad on November 12, 2011 at 10:38 PM said...

sdp nye wat..nyum~nyum

ratusiput on November 13, 2011 at 8:50 PM said...

wah ni kalau makan kat kedai rupa cmni mmg berbaloi sgt2 :)

Unknown on November 14, 2011 at 6:13 PM said...

wah siap masak ikan 3 raso sempeno tarikh cantek yer....

YATZAKIE on November 14, 2011 at 6:43 PM said...

biah:sedap B..kalo nak mkn,mehla rumah aku..aku wat spesel utk ko nanti..hehe

YATZAKIE on November 14, 2011 at 6:44 PM said...

k.ratu:puas hati kak...siap leh gigit2 tulang dia tu sekali..hehe

YATZAKIE on November 14, 2011 at 6:45 PM said...

pm:xjuga..sbb da lama nak buatkan...tetiba terkena tarikh cantik time masak ni..ok la tuh!!hehe

No Lan on November 17, 2011 at 8:54 AM said...

assalam yat..aduyai, sori..kakNo mintak maaf ye..lame sunggoh tak singgah sining..ni mesti kes terlepas pandang huhu..

wat, walopun dh lama yat buat tp betul2 buat kakNo terlio nengoknye..mmg sedap yat..

YATZAKIE on November 17, 2011 at 9:06 PM said...

k.no:xpe kak no....yat pon kekadang termiss pandang blog kak no... :p

~izan~ on November 25, 2011 at 10:48 AM said...

amboi dik..akak dh la tgh lapar ni,tgk rupa ikan tu mak aii sedapssss! tak rasa lagi dah dpt agak.bertuah btul tukang makan tu.meh sini masakkan utk akak plak.

YATZAKIE on November 25, 2011 at 8:24 PM said...

kak izan:mehla mai rumah yat...nati yat masakan utk akak...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012. All Right Reserved by YatZakie