Assalamualaikum..cantik tarikh harini kan korang...11.11.11...nasib yat xnikah arini,kalo tak tarikh keramat tuh..hehe...arini yat masak spesial sikit untuk si asben...sempena besday dia juga..yat buat siakap 3 rasa...dia kata sedap..kembang hidung jap..ekeke..kalo korang sume nak try,leh la cube..kat bawah ni yat bg resepi dia..ni yat wat sendiri tau...selamat mencuba yer..
BAHAN BAHAN
- 1 ekor ikan siakap ( saiz terpulang )
- 2 sudu kunyit
- garam secukup rasa
- 1 sudu besar tepung jagung (untuk salut ikan sebelum goreng)
- 3 ulas bawang merah ditumbuk
- 1 sudu besar cili padi ditumbuk
- 2 ulas bawang putih ditumbuk
- 3 cm halia (dihiris halus)
- Minyak yang banyak untuk menggoreng ikan
BAHAN UNTUK SOS
- 3 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar sos cili
- 3 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar air
- 1 sudu kecil gula pasir
- garam secukup rasa
- pekatkan kuah,tambah tepung jagung campurkan dengan air..
BAHAN UNTUK HIASAN
- 2 biji cili benggala merah (dipotong dadu)
- 2 biji cili bengala hijau (dipotong dadu)
- 1/2 batang lobak merah (dihiris panjang)
- 1/4 bunga kobis (dipotong kecil)
- **kalo korang nak tambah lain2 sayur pon boleh..ikut suke korangla..
CARA MEMBUATNYA
- Sapukan tepung jagung sekeliling ikan. (gaul dulu dgn sedikit garam dan serbuk kunyit dan salut tepung jagung)
- Panaskan kuali dan goreng ikan hingga kuning keemasan ( bagi garing sikit). Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
- Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar dan tumis bahan yang ditumbuk hingga wangi.
- Masukkan bahan2 sos dan biarkan mendidih. (tambah air campurkan dengan tepung jagung). Kacau rata dan biar mendidih sikit.
- Masukkan bahan hiasan dan kacau2 sekejap.pastu da masak,tutup api.
- Curahkan ke atas ikan tadi.
- korang hiasla cantkik2...yat punye malas nak hias..perut da lapo td nih..huhu