PENANGAN 11.11.11...SIAKAP 3 RASA..BUATAN SAYA..

10 comments
Assalamualaikum..cantik tarikh harini kan korang...11.11.11...nasib yat xnikah arini,kalo tak tarikh keramat tuh..hehe...arini yat masak spesial sikit untuk si asben...sempena besday dia juga..yat buat siakap 3 rasa...dia kata sedap..kembang hidung jap..ekeke..kalo korang sume nak try,leh la cube..kat bawah ni yat bg resepi dia..ni yat wat sendiri tau...selamat mencuba yer..


BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ikan siakap ( saiz terpulang )
  • 2 sudu kunyit
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagung (untuk salut ikan sebelum goreng)
  • 3 ulas bawang merah ditumbuk
  • 1 sudu besar cili padi ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 3 cm halia (dihiris halus)
  • Minyak yang banyak untuk menggoreng ikan

BAHAN UNTUK SOS
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu kecil gula pasir
  • garam secukup rasa
  • pekatkan kuah,tambah tepung jagung campurkan dengan air..

BAHAN UNTUK HIASAN
  • 2 biji cili benggala merah (dipotong dadu)
  • 2 biji cili bengala hijau (dipotong dadu)
  • 1/2 batang lobak merah (dihiris panjang)
  • 1/4 bunga kobis (dipotong kecil)
  • **kalo korang nak tambah lain2 sayur pon boleh..ikut suke korangla..

CARA MEMBUATNYA
  1. Sapukan tepung jagung sekeliling ikan. (gaul dulu dgn sedikit garam dan serbuk kunyit dan salut tepung jagung)
  2. Panaskan kuali dan goreng ikan hingga kuning keemasan ( bagi garing sikit). Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar dan tumis bahan yang ditumbuk hingga wangi.
  4. Masukkan bahan2 sos dan biarkan mendidih. (tambah air campurkan dengan tepung jagung). Kacau rata dan biar mendidih sikit.
  5. Masukkan bahan hiasan dan kacau2 sekejap.pastu da masak,tutup api.
  6. Curahkan ke atas ikan tadi.
  7. korang hiasla cantkik2...yat punye malas nak hias..perut da lapo td nih..huhu



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012. All Right Reserved by YatZakie