1 TAHUN 5 BULAN..NAK ADIK PULAK...AHDOI!!

11 comments
Assalamualaikum...pe kabo semua...sihat ker???yat sihat...ce fahamkan tajuk yat tu,maca pelik je kan...ahdoi...janganla qis nak minta adik skang....umi nikan operate qis dulu..tunggula lg setahun dua ke...lehkan...ekeke..ok2....berbalik pada tajuk...qis da masuk setahun 5 bulan da bulan ni....da semakin cerdik dan semakin lasak,mengalahkan budak lelaki la plak....panjat meja dan kerusi nenek adelah tugas utama qis kat rumah nenek tuh...riso nenek di buatnya..tp yg paling kami bengang bila kita rampas barang dia,automatik dia akan bertukar hijau,jd hulk,jd baran xmenentu...bahayanya....hihi...umi rindu qis tau....sejak qis dok ngan nenek+atuk,umi jadi seorang perindu...huhu..

ok la semua....ni ade beberapa perkataan yg qis da boleh cakap dan jerit...nasib bukan cakap banjar atau jawa...pengsan kalo orang dengar..tp qis cakap bahasa german+peracis.....umi saaaaangatla faham...hihi..

1) Nak
2) Mamam
3) umi (muka aku ada senyum bila dia sebut)
4) abi (yg ni muka asben aku pulak senyum..hihi)
5) kakak
6) abang
7) atok
8) nek
9) anganla = janganlah
10) adam (abg sepupu dia panggl adam jer...)
11) tepi lah...
12)yg xboleh blh tu pegi dah...hehe...eh,dia ade sebut tau...
13)bye2
13)ane = sane
14)xqkiu2sxhjq292osdxmn9dq;jxlxkd........ (tu bahasa dia je faham...yat memang xtau lagsung yer semua..hihi)


BUDAK YG UMI RINDU SELALU..NUR HUMAIRA QISTNA













PENANGAN 11.11.11...SIAKAP 3 RASA..BUATAN SAYA..

10 comments
Assalamualaikum..cantik tarikh harini kan korang...11.11.11...nasib yat xnikah arini,kalo tak tarikh keramat tuh..hehe...arini yat masak spesial sikit untuk si asben...sempena besday dia juga..yat buat siakap 3 rasa...dia kata sedap..kembang hidung jap..ekeke..kalo korang sume nak try,leh la cube..kat bawah ni yat bg resepi dia..ni yat wat sendiri tau...selamat mencuba yer..


BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ikan siakap ( saiz terpulang )
  • 2 sudu kunyit
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagung (untuk salut ikan sebelum goreng)
  • 3 ulas bawang merah ditumbuk
  • 1 sudu besar cili padi ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 3 cm halia (dihiris halus)
  • Minyak yang banyak untuk menggoreng ikan

BAHAN UNTUK SOS
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu kecil gula pasir
  • garam secukup rasa
  • pekatkan kuah,tambah tepung jagung campurkan dengan air..

BAHAN UNTUK HIASAN
  • 2 biji cili benggala merah (dipotong dadu)
  • 2 biji cili bengala hijau (dipotong dadu)
  • 1/2 batang lobak merah (dihiris panjang)
  • 1/4 bunga kobis (dipotong kecil)
  • **kalo korang nak tambah lain2 sayur pon boleh..ikut suke korangla..

CARA MEMBUATNYA
  1. Sapukan tepung jagung sekeliling ikan. (gaul dulu dgn sedikit garam dan serbuk kunyit dan salut tepung jagung)
  2. Panaskan kuali dan goreng ikan hingga kuning keemasan ( bagi garing sikit). Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar dan tumis bahan yang ditumbuk hingga wangi.
  4. Masukkan bahan2 sos dan biarkan mendidih. (tambah air campurkan dengan tepung jagung). Kacau rata dan biar mendidih sikit.
  5. Masukkan bahan hiasan dan kacau2 sekejap.pastu da masak,tutup api.
  6. Curahkan ke atas ikan tadi.
  7. korang hiasla cantkik2...yat punye malas nak hias..perut da lapo td nih..huhu



SELAMAT ULAG TAHUN,SAYANG..

8 comments

Hari ini,ulang tahun suamiku yang ke-26...Semoga Allah merahmati & membekati hidupmu,sayang ku...semoga panjang umur & murah rezeki..umi & qistina sangat2 menyayangi mu,MUHAMAD ZAKI BINY USOF...Kaula segalanya untuk kami....Love u so much!!!

SALAM AIDILADHA

4 comments

SALAM AIDILADHA buat semua...

Maaf Zahir & Batin..






RAMA-RAMA SYURGA

7 comments
Assalamualaikum...hai readers...xde ape yat nak cite kat sini...cume ade perkara yang akan buat kita rasa sedih,bila semua baca entry yat nanti....ianya mengenai kehilangan seseorang...dimana seseorang itu adelah bayi...ya bayi yg kita kandungkan selama 9bln di dalam rahim...tetapi Allah telah dulu 'menjemput' mereka sebelum mereka sempat melihat wajah ibu tersayang...


Mengenai kawan yat,mas...walaupun dia xberapa rapat dengan yat,tp yat tau dia sedang bersedih ketika ini..tatkala ibu2 lain sedang seronok bermain dan bermanja dengan permata mereka,mas kini tabah menjalani kehidupannya tanpa si permata di sisinya..xpe mas...dia akan tunggu kamu dia sana nanti...jangan marah ye mas..kalo kau terbaca nukilan kau sendiri,yg aku copy dari nota kau..aku hanya "pinjam" sekejap untuk berkongsi kedukaan kau di sini...

''Ya Allah.. Tak pernah terlintas akan diuji sebegini hebat. Tak tertanggung rasa atas dugaanini. Sebulan genap anakanda bonda Aisyah pergi meninggalkan kami.selama itu juga hidup kami kembali sunyi.Kembali berdua ke rumah terasa kosong. Kepada ahli keluarga,saudara mara dan sahabat handai terima kasih atas sokongan.Tak terbalas rasanya doa yang dikirim pada kami berdua untuk terus sabar dan tabah menempuh hari-hari mendatang.

Berat mata memandang, berat lagi bahu kami memikulnya..,

Hampir 3 tahun melayari bahtera rumahtangga.Kehadiran Aisyah sememangnya insan yang dinanti.Biarpun dari awal kami mengetahui peluang Aisyah 50-50 namun kami teruskan jua dengan penuh mengharap keajaiban dari Allah s.w.t . Kami bulat kan tekad untuk bertemu Aisyah.Setiap kali check up bonda dihujani pelbagai cerita buruk dari doc dan doktor sendiri sentiasa memberi ingatan agar kami sentiasa bersedia dgn sebarang berita akan datang.Pernah juga doc memberi amaran kemungkinan berlaku kematian dalam kandungan.Kami mohon agar dipertemukan dengan si kecil ini walaupun seketika.Pelbagai cara kami ikhtiar dari perubatan moden,kaunseling hingga ke perubatan Islam tak jemu-jemu kami beruasaha.Namun Allah itu maha adil,semua kgusaran bonda hilang bila waktu scan.Kami boleh lihat Aisyah cukup semua sifat tiada yang kurang.Kami Nampak hidung kecil,mata sepet, tangan n kaki.Anak anda bonda ni rupanya Puteri.Semoga puteri bonda kuat sehingga bersalin nanti.

Namun, Aisyah lebih disayangi.Aisyah pergi sebelum sempat kami dengar tangisan Aisyah.Bonda tak diberi peluang melihat Aisyah celik kan mata,genggam tangan bonda,cium pipi bonda.Paling bonda harapkan agar Aisyah dapat minum susu Bonda. Sebelum Aisyah lahir kami berkali-kali mendapatkan kaunseling dari pihak hospital dan Bonda rasa cukup bersedia untuk terima apa jua keadaan selepas bersalin nanti.Bonda akan cukup kuat untuk tempuh bersama ayahanda.Namun hati Bonda terlalu lemah untuk lihat anakanda bonda kaku didepan bonda.

Hari pertama Aisyah lahir hanya ayahanda yang dapat melihat Aisyah.ayahanda kata Aisyah comel rambut lebat ,ayah dah azan n iqamah kan Aisyah sekarang ni Aisyah kat NICU ada banyak wayar kat badan n ada nurse yang duduk sebelah Aisyah pantau 24jam. Bonda diam je, mungkin terlalu banyak ubat dalam badan bonda hingga terasa mengantuk sentiasa, tapi bonda terasa tenang sebab ayahanda cakap Aisyah stabil. Bila tiba malam hati bonda meronta2 nak jumpa Aisyah tapi Bonda tahan jua sbb Bonda sendiri tak boleh bangun lagi.

Hari kedua pagi-pagi lagi Bonda minta nurse bangunkan bonda,cabut salur kencing sbb bonda nak bangun nak cepat2 baik.Hari ni bonda nak jumpa Aisyah.Bonda janji g ayah bonda akan terima semua yang doctor akan beritahu. Hari ni hari ahad, doc yg ada hanya on call.., walaupun penjelasan dia kurang jelas dan dia sendiri tak pasti apa yang akan berlaku akan datang Bonda tetap ucapkan terima kasih kerana jaga anak bonda,sebab bonda tak boleh jaga Aisyah.Bonda sendiri pun masih makan ubat lagi.Ayahanda tak bagi bonda tengok Aisyah lama2 sebab badan bonda lemah lagi lagipun ayahanda kata ramai pakar yang tengok kan Aisyah,kita balik wad dulu segarkan badan bonda esok ayah bawak bonda tengok aisyah lagi. Bonda ikut cakap Ayah sbb ayah selalu pergi tengok Aisyah.Balik dari jumpa Aisyah kawan bonda datang auntie Aqilah dengan tuning dia,dia bawa hamper tuk Aisyah ada baju,bedak..tapi bonda cakap Aisyah tak boleh pakai lagi.Auntie Kila pun sempat tengok Aisyah dia pergi cari wad Aisyah sendiri.

Hari ke-tiga Bonda dah sihat,tak masuk air lagi ubat pun hanya vitamin2.Pagi2 doktor datang cakap kan bonda dah boleh balik.cepat2 bonda telephone ayahanda,bonda siap2.sempat juga pam susu badan bonda nanti nak bagi kat nurse yang jaga Aisyah.Bonda tak sabar nak jumpa anakanda bonda rindu sangat. Hati bonda jadi sebak bila tengok semua ibu2 kat sini ada anak,tapi kita berpisah wad.Hari ni bonda tekad bonda nak cium n pegang Aisyah, walaupun tak boleh dukung tapi cukup sekadar dapat pegang tangan Aisyah.Selesai je ayah uruskan bil ayah bawa bonda jumpa anak bonda. Tapi hati Bonda cukup tak tenang. Tiap masa hati bonda terdetik bila tgk bacaan mesin2 kat sini. Macam ada sesuatu yang akan berlaku.Sementara tunggu doctor datang bonda pandang puas2 anak bonda.Macam ada sesuatu yang tak kena.Tapi ayahanda cakap Aisyah kuat semua akan ok,ramai nurse dan doctor yang akan tengok2 kan Aisyah.Lepas sejam ayah ajak balik sebab nak kemas2 barang balik rumah nenek,tapi bonda tak nak balik hati bonda berat sebab doctor tadi cakap dia akan scan Aisyah petang skit. Ayah pujuk bonda,ayah cakap kalau Bonda tak sihat macam mana nak jaga Aisyah.Tapi Bonda cakap, Bonda nak datang balik malam nanti.

Sepanjang perjalanan balik airmata bonda tak berhenti2 mengalir,Bonda susah hati kalau jauh dengan Aisyah.Bila sampai rumah, Bonda rasa kosong sangat sepatutnya rumah ni dah bising dengan tangis Aisyah.Bia Bonda boleh bawa Aisyah balik..Habis kemas barang kami nak balik rumah nenek sebab Bonda berurut kat sana. Lagipun dah nak puasa nanti senang nenek masakkan untuk Ayahanda sahur dan berbuka. Dalam kereta bonda tak berhenti2 menangis sampai Ayah sendiri tak tahu nak buat apa.Bonda bagi tau ayah hati Bonda tak sedap sentiasa berdebar2..

Apa yang bonda jangka semua betul.Baru kami bergerak 5minit dari rumah ada panggilan dari PPUM suruh kami datang secepat mungkin anak puan kritikal.Ya Allah,Ya Rab hanya engakau yang mengetahui apa yang aku rasa. Ayahanda kelu tak berkata apa,tak tahu nak buat apa.yang kami tahu nak sampai cepat kat hospital.Perjalan kami dipermudahkan,tak ada jem,accident waalupun masa puncak 6.30ptg.Sepanjang ke hospital Ayah tak putus2 bagitau Bonda supaya redha,sabar. Allah nak uji kita ayang,allah sayang ayang,sayang abang sebab tu dia uji kita.anak kita kuat kalau tak dalam perut lagi dia dah tinggalkan kita.Ayah nasihatkan bonda tapi suara ayah sendiri tersekat2, Bonda tahu ayah pun nak nangis macam Bonda kan? Tapi ayah tahan sebab tak nak Bonda lagi sedih.Ayah pegang tangan Bonda tapi tangan ayah sejuk,tangan ayah menggigil..ayah nak tenangkan bonda tapi hati ayah sendiri yang bergelodak.

Sampai saja kami kat wad, tempat Aisyah dah kena tutup dengan langsir.Doktor berkumpul satu tempat.Masa tu Bonda tahu anak Bonda dah tinggalkan Bonda. Doktor bawa kami masuk satu bilik,doctor cakap I’m sorry it very sudden. Airmata bonda dah tak mampu nak dikawal,kalau la boleh bonda nak jerit kuat2.Bonda pandang Ayah,ayah tak nangis pun.Kuatnya hati ayah. Bonda minta nak jumpa Aisyah.Nurse tu ambik Aisyah, itulah kali pertama Bonda dapat dukung Aisyah, bonda cium dahi Aisyah.Badan Aisyah panas lagi,kenapa tak tunggu bonda nak Aisyah tak kesian Bonda ke.Bonda peluk Aisyah puas2.Biarpun hanya jasad yang ada depan bonda,biar lah yang bonda peluk ni anak bonda yang dah kaku,walaupun bonda belum puas tapi bonda harus redha.Allah lebih sayang Aisyah. Bonda pandang ayah,ayah cium dahi bonda.Masa tu bonda rasa airmata ayah menitik kat pipi.Ayah menangis tersangkut2,airmata ayah tak berhenti2 mengalir.Dia ambil Aisyah,dia dukung,dia cium,dia peluk.sayu hati bonda tengok ayah yang tak pernah menangis depan bonda,hari ni kalah dengan diri dia sendiri.

Dengan sisa masa yang ada kami jalankan tanggungjawab kami sebagai Ayahanda dan Bonda Aisyah.sebelum kami bawa keluar jenazah nurse pakai kan baju yang Bonda beli,pakaikan bedak,pampers.wangi bau baby..Bonda paling suka baju tu bonda sendiri tak tahu kenapa suka baju tu. Bonda tak sangka baju yang Bonda paling suka jenazah anakanda yang pakai.Kami berdua yang bawa Aisyah balik.Bonda pangku Aisyah ayah bawa kereta. Sampai dirumah bonda cakap dengan nenek bonda nak tidur sebelah Aisyah malam ni.Walaupun disebelah bonda adalah jenazah anak kecil bonda yang kaku tak bersuara, bonda puas dapat tatap wajah Aisyah satu malam.Bonda baring di kiri Aisyah,Ayah dikanan.Apalah daya seorang ibu,kadang2 tergerak hati bonda suruh Aisyah bangun menangis. Bangun la nak, menangis la.., nanti bonda bagi susu,tukarkan lampin kalau basah.Tapi bonda perlu pegang pada hakikat, Esok anakanada bonda akan dimandikan,dikafankan dan dikebumikan. Anak kecil bonda melalui semua ini dahulu dari bonda.

Terlalu sayu hati Bonda mendakap anak bonda siap dikafan, namun bonda gagahkan jua untuk peluk cium untuk kali terakhir.Tika dan saat itu hanya Ayah tempat Bonda berpaut.,Hanya kami yang mengerti apa yang kami lalui.Jenazah Aisyah, ayahanda yang masuk kan ke liang lahad. Hanya Allah yang mengetahui perasaan ayahanda ketika itu. Bonda lihat kaki dan tangan nya mengigil.airmatanya ditahan2.Kain kafan dibahagian muka dibuka,sebelum ayahanda masuk kan Aisyah ke liang lahad ayahanda pandang Bonda sambil angguk kan kepala.Bonda faham maksudnya.Tiada lagi airmata dari kami berdua.ayah pesan pada bonda.Dari mula dalam kandungan hingga dikebumikan kita telah jalankan tanggungjawab kita,redha lah dengan pemergiannya,doakan agar dia bersama golongan yang mendapat syurga seperti yang telah dijanjikan.Bersyukurla kerana Allah sayangkan kita sekeluarga di beri ujian demi ujian. Allah menguji kita kerana Dia mengetahui kita mampu mengharunginya.Tak ada apa yang perlu kita risaukan kerana anak kita tak sempat buat dosa.Kita tak perlu risau cukup ke bekalan pahala dia..Hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Dan kata2 itu yang menjadi kekuatan buat bonda hingga saat ini...

Aisyah,

Biar pun rindu tak pernah terubat,kami redha dengan pemergian mu.Anakanda sentiasa dalam doa kami. Semoga suatu masa nanti diizinkan Allah kita akan berjumpa kembali...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012. All Right Reserved by YatZakie