percubaan berjaya~~sedaaap...

salam korg sume..sihat2 ke..arini aku nak share ngan korg resepi aku sendiri..dimana suami ku teringin sangat nak mkn..nak tau apenye yg dia minta aku masak..ha,nasi ayam la korg..hehe..


tp Alhamdulillah aku berjaya memasaknye dgn menggunakan idea & kepakaran aku sendiri..haha

kalo nak try,aku boleh turunkan ye kat korg sume..simple & mudah je..xambil msa yg lama pon nak wat..


ini cara aku wat ye..

1. MULA2 MASAK SUP AYAM..

Sekarang kita akan masak sup. Sup ini akan digunakan untuk memasak nasi ayam serta sebagai sup makan dengan nasi ayam. Mudah sahaja caranya. Kupas beberapa ulas bawang merah dan bawang putih dan sediakan sedikit halia, kulit kayu manis dan rempah sup adabi. . Kisar atau tumbuk bawang dan halia. Pastikan ayam sudah dibersihkan dan ditos sebelum mula memasak sup. Panaskan periuk, masukkan dua atau tiga sudu minyak. Apabila minyak sudah panas, masukkan kulit kayu manis dan campuran bawang serta halia tadi. Apabila sudah naik bau, masukkan air untuk sup. Pastikan sup cukup untuk masak nasi serta untuk makan dengan nasi ayam. Apabila sup sudah sedikit panas, masukkan ayam dan rempah sup.. Tambah garam dan bahan perisa dan biarkan sup mendidih. Apabila ayam sudah masak dan rasa sup sudah sebati, tutupkan api, So far so good kan?lepas da masak sup tu,korang amik bawang merah,putih & halia (bahan A),lepas tu korang blender smapai hancur..yg ni nak tumis utk masak nasi nanti..okey..

2.NASI..

Apabila sup sudah masak, kita sudah sedia untuk masak nasi. .aku gune beras taj mahal..sbb berastu mmg sangat mahal..hehe..Kalau mengunakan beras jenis ini, sukatannya ialah satu bekas beras, satu suku bekas sup. Kalau menggunakan beras biasa, sukatannya ialah satu bekas beras, satu bekas sup..tu yg mak aku cakapla..sepatutnya la..tp aku ni ikot kepala aku je..main blasah je..hehe.. Pastikan anda menggunakan bekas yang sama untuk menyukat sup dan beras ye,kalo bleh la.. Mudah sahaja untuk memasak nasinya. Basuh beras. .lepastu toskan beras tu supaya airnye kering dgn cantik nanti,ok..lepastu panaskan kuali,masukan marjerin dlm 2 sudu besar..kendian korg tumiskan ckit hirisan bawang merah & putih,bunga cengkih & kayu manis ckit..agak da naik bau,masukan bahan A.. lepas da naik baunye tu,masukan beras yg di toskan td ye..kaco2 hingga sebati..lepas tu tuangkan dalam periuk nasi..lepastu sukat sup mengikut kadar beras dan tuangkan sup ke dalam beras td yek.. Kemudian tekan periuk nasi dan biarkan dia masak! Mudah sangat, kan?



3. AYAM GORENG..NYAM3..

Untuk menyediakan ayam, toskan ayam yang terdapat di dalam sup tadi dan masukkan ke dalam satu bekas. Campurkan kicap pekat ke cair ke..ape2 kicap la..(aku suka guna kicap cap kipas udang campur sos tiram ckit)...Gaulkan dan perapkan ayam selama 5-10 minit sebelum menggoreng. Panaskan kuali dan goreng ayam. Tidak perlu goreng lama2 kerana ayam sudah dimasak di dalam sup td. Oleh kerana kita menggunakan kicap, pastikan ayam jangan sampai hangus kerana kicapkan hitam.. hehe..Goreng dan angkat untuk dihidangkan. Aku suka goreng ayam apabila nasi dan semua bahan lain sudah siap kerana ayam goreng panas memang menyelerakan...nyam2..



4.CILI

Orang kata cili nasi ayam penentu kesedapan keseluruhan rasa nasi ayam. nak wat cili mudah sahaja. Ambil beberapa biji cili merah hidup dan bagi mereka yang sukakan lebih pedas, campurkan dengan beberapa biji cili padi, dan beberapa ulas bawang merah. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam pengisar, tambah sedikit gula dan garam. Kisar sehingga lumat dan masukkan bahan kisar td ke dalam kuali. Masakkan adunan ini dengan api kecil sehingga pekat. Apabila api sudah di tutup, masukkan dua keping asam keping.. bg rsa masam2 ckit..lpastu kaco2 la ckit (ade org gune asam limau..mane2 pon boleh la..)Angkat dan ketepikan...(umm..tp aku suke campurkan cili tu dengan lebihan kuah kicap ayam yg aku perap tadi tu..lepastu aku masak balik atas api,sekejap je tau)..




5. HIASAN KU DI HALAMAN RINDU...HEHE

Untuk hiasan korg g la cri rumput ke,daun kering kat tp jalan ke..hehe..xdela..boleh hias ikut kreativiti korg masing2..aku hanya gune timun ngan tomato,sebab salad xde kat kedai bawah rumah aku aritu..jd lakan..asal ade sayur2 nyekan..ini sume makanan yg saaaaangat berkhasiat tau.


SELAMAT MENCUBA!!!



inila hasilnye..dpt markah 90 % dari zaki,sebab pakai pinggan plastik..takut pecah pinggan kaca tu..hehe


























2 comments:

Cik Pah on June 3, 2010 at 3:08 PM said...

cerita banyak tak guna .. bawak datg opis tak jugak.. kasik bawak lah satu mangkuk tingkat

YATZAKIE on June 7, 2010 at 10:25 AM said...

owh..nak masak bnyak2 tkut xjd lak kak..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2012. All Right Reserved by YatZakie